Tuesday, 30 September 2014

PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU


PENGENALAN


·        Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan secara formal pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.Sebelum Persekutuan wujud Sembilan negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri selat (British Straits Settlements) telah ditakbir sebagai Malayan Union dibawah pemerintah tertinggi seorang gabenor British iaitu antara 1946 dan  1948.Singapura yang juga sebuah negeri selat telah dipisahkan sebagai tanah jajahan British (British Crown Colony).Malayan Union menggantikan pentadbiran tentera british (Brtish Military).    


·        Sebelum itu negeri-negeri di semenanjung diperintahkan secara berlainan iaitu terdapat lima negeri melayu  yang tidak bergabung (Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu,Johor), manakala empat pula bergabung sebagai negeri-negeri bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada Pahang,Selangor,Perak,dan Negeri Sembilan antara tahun 1896 dan 1941 dan juga tiga negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.


·      Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan durbar iaiyu forum bersama antara Raja-Raja dan pihak pentadbir British iaitu yang bermesyuarat dari masa ke masa.Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada majlis Raja-Raja melayu sekarang.
  







SINOPSIS

Majlis raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 sebagai menggantikan mesyuarat
Raja-raja Negeri-negeri bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-raja Melayu (DURBAR)
Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh 4
orang Raja dari negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat Majlis Raja-raja
yang pertama diadakan ialah pada 18 Februari 1948. Mesyuarat ini dibuat pertama kali dihadiri oleh
semua Sembilan orang Raja-raja Melayu. Antara tahun 1948 hingga 1957, mesyuarat Majlis
Raja-raja diadakan sebanyak 50 kali.





OBJEKTIF KAJIAN

1.Untuk mengkaji peranan Majlis Raja-Raja Melayu
2.Untuk mengkaji penglibatan islam didalam Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu





PERMASALAHAN KAJIAN

1)     Untuk mengetahui cara-cara pembentukan Raja Perlembagaan
2)     Untuk mengetahui sejauh mana peranan Raja-raja Melayu dalam pembentukkan Raja Perlembagaan


ISI DAN HURAIAN
 FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA


·          Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa ini.Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan majlis raja-raja telah dikanunkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:
i)       Memilih Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang di pertuan Agong bagi persekutuan mengikut peruntukan –peruntukan jadual ketiga.
ii)      Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.
iii)    Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan ini  persetujuan majlis raja-raja atau di kehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja-raja.
iv)    Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
v)     Memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah fasal (12) perkara 42.


·        Majlis ini juga boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara ( misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen ) dan apa-apa jua perkara lain
Yang difikirkannya patut. Semasa Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara,  Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh
Perdana Menteri dan raja-raja yang lain serta para Yang di-Pertua Negeri disertai 
oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka


·        Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan , kedudukan, kemualiaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan tiada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 ( mengenai kedudukan dan keisitimewaan orang Melayu, Bumiputera serta jugak hak kaum-kaum lain ).



BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA


·        Anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka 

            Dalam apa-apa urusan berhubung  dengan  tugas-tugas yang berikut iaitu:
(a)   Memilih atau memecat  Yang Di-Peretuan Agong dan jawatannya atau memilih Timbalan Yang Di-Pertuan Agung bagi persekutuan
(b)   Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh perlembagaan
(c)   Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja
(d)   Mempersetujui atau tidak mempersetijui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan
(e)   Pelantikan anggota-anggota Makhamah Khas dibawah fasal (1) Perkara 182 atau
(f)     Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah fasal (12) perkara 42                                  

TUGAS ATAU KUASA MAJLIS RAJA-RAJA



·        Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA       

·        Mempertimbangkan soal dasar Negara

·        Menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan amalan atau upacara agama islam seluruh persekutuan


 Majlis Raja-Raja menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau Perlembagaan tentang :


·        Perbuatan dan amalan yang berkaitan dengan agama islam

·        Keistimewaan kedudukan , kemuliaan dan kebesaran Raja-raja

·        Pengubahan sempadan Negeri di Semenanjung Malaysia

·        Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

·        Kepentingan sah kaum-kaum lain

·        Bahasa Kebangsaan

·        Kewargenegaraan (bukan peruntukan tambahan)

·        Keistimewaan Parlimen



Majlis Raja-Raja memberi nasihat tentang pelantikan

·        Ketua Hakim Negara

·        Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi

·        Ketua Audit Negara

·        Pengerusi dan Anggota Suruhanjaya

·         Melantik anggota Mahkamah Khas

·        Berkuasa mengampunkan, menggantungkan dan meningkat hukuman terhadap YDPA atau Raja oleh Mahkamah Khas (Raja-Raja)

·        Melantik Majlis Raja-Raja ke Majlis Angkatan Tentera






MESYUARAT  MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

·        Mesyuarat diadakan 3 kali setahun

·        Mesyuarat berlangsung selama 2 hari

·        Sebelum mesyuarat diadakan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bertemu untuk menyediakan kertas kerja yang akan dibincangkan dalam mesyuarat

·        Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri akan mengiringi Raja atau YDPN masing-masing untuk menghadiri mesyuarat

·        YDPA akan hadir pada hari ke-2 mesyuarat diiringi oleh PM

·        Pengerusi Majlis Raja-raja dipegang oleh Raja setiap hari secara bergilir

·        Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara tentang dasar Negara , YDPA disertai PM, Raja-Raja disertai Menteri Besar dan YDPA disertai Ketua-ketua Negeri

·        Semua raja-raja dan para Yang Di-pertua Negeri secara automatik menjadi anggota Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh anggota itu mengikut peruntukan undang-undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri

·        Para Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang Di-Pertuan Agung dan Timbalan Yand Di-Pertuan Agung, melucutkan jawatan Yang Di-Pertuan Agung dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja

·        Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda telah berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.








PENGLIBATAN ISLAM DI DALAM MAJLIS PENUBUHAN RAJA-RAJA MELAYU



1.     Peruntukan dalam perkara yang melibatkan Islam dalam perlembagaan seperti dalam
Perkara 3, Perkara 8, Perkara 11, Perkara 12 dan Perkara 121 (1A) tidak boleh dipinda, diubah
atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara ini
merupakan satu jaminan yang tidak boleh dinafikan lagi. Hal ini nyata termaktub dalam
perlembagaan melalui Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa sebarang pindaan perlembagaan
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama. Peruntukan ini termaktub dalam
perlembagaan kerana hubungan antara orang Melayu dan Raja-Raja Melayu itu sangat akrab.
Sebagai contoh, waad antara Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama dalam sejarah Melayu
dan bagaimana orang Melayu bangkit menentang Malayan Union yang cuba melenyapkan
kuasa raja-raja Melayu.


2.     Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama. Ini kerana, mereka
adalah ketua agama di negeri masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 80
serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan
raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan hanya
menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal persoalan agama dibiarkan untuk
dikendalikan oleh institusi beraja. Ini seperti yang dipersetujui sewaktu menggubal
perlembagaan di mana raja-raja membenarkan perisytiharan Islam sebagai agama persekutuan
setelah diberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan kedudukan mereka sebagai ketua
agama di negeri masing-masing (Abdul Aziz Bari 2005).


3.     Walaupun perlembagaan tidak menetapkan Yang di Pertua Agong sebagai ketua
agama bagi seluruh persekutuan, perlembagaan menetapkan tanggungjawab ke atas baginda
supaya menjaga Islam. Ini dinyatakan dalam sumpah jawatan berkenaan di mana Yang di-
Pertuan Agong diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk memelihara pada setiap masa
agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.
Walaupun baginda tidak diletakkan sebagai ketua agama bagi seluruh persekutuan, baginda
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memastikan kedudukan Islam tidak
tercemar. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka
tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi
agama Islam. Tanggungjawab ini relevan memandangkan bahawa kerajaan persekutuan tidaksemestinya diketuai oleh seorang Melayu dan Islam, seperti yang terdapat dalam perlembagaannegeri-negeri Melayu. Baginda juga adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tidak berajaiaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Keadaan ini berlaku kerana Gabenor mungkin terdiri dari orang bukan Islam. Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai contoh, Perkara 2 perjanjian di antara Negeri-Negeri Selat dan Pembesar-Pembesar memerintah Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka mengaku janji untukSeminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) menurut nasihat Residen British dalam semua hal-ehwal pentadbiran selain daripada soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh Abas1985). Hal yang sama juga bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu,
perjanjian yang diadakan dengan pihak British juga bersetuju bahawa Raja-Raja Melayu mesti
menerima nasihat Inggeris dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam.
Manakala selepas Perang Dunia kedua, Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang menukar peranan Inggeris daripada penasihat kepada
mentadbir Persekutuan Tanah Melayu secara langsung, namun adat istiadat orang Melayu dan
agama Islam tidak disentuh oleh Inggeris.Peruntukan yang serupa didapati di dalam semua perjanjian lain yang telah dipersetujui oleh Raja-raja Melayu dengan Great Britain.Dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos 1888,Sultan Ahmad Muathan Shah dari Pahang menulis kepada Sir Cecil Smith, Gabenor Negeri-negeri Selat, menyatakan “Dalam permintaan
ini kami yakin bahawa Kerajaan British akan memberi jaminan kepada kami dan pengganti-pengganti kami semua kedudukan istimewa dankuasa kami yang sebenar menurut sistem kerajaan kami dan akan berjanji bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam adat istiadat negeri kami yang mempunyai sebab-sebab yang baik dan wajar, dan juga bersabit dengan hal-ehwal yang berhubung dengan agama kami...”
(Mohd Salleh Abas (1985).
Begitu juga apabila empat buah negeri Melayu disatukan dan membentuk sebuah
Persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada Julai 1895 dengan
tujuan mendapat perlindungan British. Di bawah perjanjian tersebut, setiap kerajaan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu akan ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British dan Raja-raja Negeri
itu bersetuju menerima seorang Pegawai British yang bergelar Residen Jeneral. Nasihat ResidenJeneral perlu diikuti oleh Raja-raja dalam semua perkara pentadbiran selain daripada perkara yang menyentuh tentang agama Islam.

Oleh kerana di peringkat Persekutuan itu tidak mempunyai organisasi yang sempurna yang boleh dianggap sebagai kerajaan pusat, dengan satu perjanjian yang ditandatangani Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)82 dalam tahun 1909 suatu badan perundangan yang dinamakan Majlis Persekutuan dibentuk untuk meluluskan semua undang-undang yang akan dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan itu atau dalam lebih daripada sebuah Negeri. Dengan penubuhan Majlis Persekutuan perlulah perjanjian itu menyebutkan bahawa semua undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri akan berkuat kuasa “kecuali setakat yang undang-undang itu tidak bersesuaian dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Persekutuan.” Walaubagaimanapun, keutamaan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Persekutuan dan bidangkuasa perundangan Majlis itu tidak meluas kepada “soalan-soalan yang berhubung dengan agama Islam, masjid, pencen politik, ketua-ketua tempatan dan Penghulu” dan lain-lain soalan yang menyentuh “hak dan kedaulatan” mana-mana satu daripada empat orang Raja. Semua soal ini dikhaskan untuk Majlis Negeri dan kesemuanya diluar lingkungan nasihat British. Kedudukan Raja di dalam lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga serupa. Kesemua Raja Negeri-Negeri ini tidak dikehendaki menerima nasihat British atas perkara yang menyentuh hak dan kedaulatan mereka, adat istiadat orang Melayudan agama Islam walaupunmereka dikehendaki mengikut nasihat British dalam perkara-perkara lain. Hal yang sama juga berlaku selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir negara ini secara langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union dalam tahun 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka (Mohd Salleh Abas 1985)
.



Dari rentetan sejarah di atas, jelas menunjukkan bahawa
walaupun Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah, hak berkaitan dengan agama Islam tidak
diganggu langsung oleh British bagi menghormati kuasa raja-raja Melayu. Yang menariknya, di
dalam Perlembagaan Malayan Union yang ditentang oleh orang Melayu itu juga tidak
menyentuh hak raja-raja Melayu dalam agama Islam.


4.     Peruntukan di bawah Perkara 3 ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama
persekutuan dan pada masa yang sama juga memberikan hak kepada orang bukan Islam untuk
mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai di Malaysia. Selain itu, Perkara 3 juga
menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja. Manakala bagi sesuatu perkara yang meliputi seluruh persekutuan yang Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)83berkaitan dengan Islam, maka Yang di-Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Di samping kedudukan Raja-Raja, Perkara 3 juga menyentuhtentang Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, PulauPinang, Sabah dan Sarawak. Seterusnya, Perkara 3 menyatakan bahawa bagi WilayahPersekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan hal ehwal Islam dan menubuhkan Majlis bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan hal ehwal agama Islam. Bersamaan dengan Perkara 3 ini,semua negeri dalam persekutuan juga telah menjadikan Islam sebagai agama negeri.


5.     Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah
berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja. Di dalam sumpah memegang
jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama
Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan
kemuliaan agama Islam iaitu: Dan lagi kami berikrar menegak dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri tetap
di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri. Kedudukan Raja-Raja dalam perlembagaan yang menyentuh mengenai hal ehwal Islam memperlihatkan interaksi antara sejarah dan perlembagaan. Ini bermakna apa yang ada dalam perlembagaan sekarang bukanlah sesuatu yang sepenuhnya dipaksakan oleh perlembagaan tetapi ia adalah satu penerusan atau mengizinkan sesuatu yang telah wujud lama sebelum
perlembagaan mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957. Dari segi kedudukan raja-raja mengenai hal ehwal Islam, perlembagaan menetapkan raja-raja sebagai ketua agama. Kedudukan ini disebut secara jelas dan tidak terjejas meskipun Islam telah ditetapkan sebagai agama persekutuan sebagaimana yang telah dipersetujui antara Raja-Raja dan Perikatan sewaktu penggubalan perlembagaan. Ini juga menjelaskan kenapa tidak ada ketua agama di peringkat persekutuan walaupun Islam adalah agama bagi persekutuan.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 84


6.     Walaupun Raja-Raja tertakluk di bawah konsep Raja Berperlembagaan, namun
kedudukan kuasa Raja-raja dari segi agama di sisi perlembagaan tetap tidak berubah iaitu sama dengan kedudukan mereka sebelum merdeka. Perlembagaan dengan jelas memperuntukkan bahawa raja-raja dalam melaksanakan kuasa mereka sebagai ketua agama, boleh bertindak tanpa nasihat kerajaan yang memerintah. Bertindak menurut nasihat kerajaan yang memerintah adalah prinsip umum yang utama dalam konsep Raja Berperlembagaan.
Kedudukan raja-raja ini diperkukuhkan lagi apabila seseorang Raja itu menjadi Yang di-Pertuan
Agong, namun fungsi baginda dalam hal ehwal agama Islam diteruskan berbanding dengan
fungsi lain yang perlu diserahkan kepada pemangku Raja. Raja di kesembilan negeri beraja
mestilah lelaki Melayu, berdarah Raja, keturunan Raja negeri itu dan seorang Islam.
Ketujuh, perlembagaan menetapkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas sebagai
ketua agama, Raja-raja boleh melantik sebuah majlis untuk menasihati baginda. Dengan kedudukan ini, institusi agama seperti Majlis Agama Islam, jabatan agama, para pegawai iaitu
mufti, para hakim syarie dan sebagainya tertakluk di bawah kuasa baginda (Abdul Aziz Bari
2005). Majlis Agama Islam contohnya adalah badan yang diberi tanggungjawab menolong dan
menasihati Raja-raja atas segala perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat istiadat
Melayu. Melihat kepada struktur perlembagaan boleh dikatakan bahawa Majlis Raja-Raja,
meskipun tidak disebut sebagai pihak berkuasa tertinggi di peringkat persekutuan, adalah
secara implikasinya, pihak berkuasa tertinggi dalam soal Islam. Pendapat ini munasabah kerana tidak ada ketua agama bagi seluruh persekutuan. Tetapi majlis perlu mendapat kebenaran Raja-Raja, sesuatu yang jelas untuk mengekalkan kedudukan raja-raja sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing. Namun, perlembagaan menetapkan bahawa
 Raja-Raja hendaklah memberi persetujuan kepada Majlis Raja-Raja dalam keadaan-keadaan tersebut. Persetujuan Raja-Raja kepada Majlis Raja-Raja ini jelas terlihat apabila ditubuhkan Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Islam pada 17 Oktober 1968. Majlis ini mempunyai dua tugas iaitu: Menasihati dan membuat syor atas apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Majlis Raja-Raja oleh mana-mana kerajaan negeri atau majlis agama negeri.ii.Menasihat Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri dan majlis agama negeri atau perkara-perkara mengenai hukum syarak atau pentadbiran Islam atau ajaran Islam  dengan tujuan mengadakan, menyeragamkan atau menggalakkan persamaan dalam undang-undang Islam dan pentadbiran. Namun, majlis ini tidak boleh menyentuh mengenai kedudukan, hak, keistimewaan dan kedaulatan dan lain-lain kuasa raja sebagai ketua agama Islam di negerinya (Ahmad Ibrahim 1987)