PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
PENGENALAN
·
Majlis Raja-raja Melayu
ditubuhkan secara formal pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu
diwujudkan.Sebelum Persekutuan wujud Sembilan negeri-negeri Melayu dan dua
negeri-negeri selat (British Straits Settlements) telah ditakbir sebagai Malayan
Union dibawah pemerintah tertinggi seorang gabenor British iaitu antara 1946
dan 1948.Singapura yang juga sebuah
negeri selat telah dipisahkan sebagai tanah jajahan British (British Crown
Colony).Malayan Union menggantikan pentadbiran tentera british (Brtish
Military).
·
Sebelum itu negeri-negeri
di semenanjung diperintahkan secara berlainan iaitu terdapat lima negeri
melayu yang tidak bergabung
(Kedah,Perlis,Kelantan,Terengganu,Johor), manakala empat pula bergabung sebagai
negeri-negeri bersekutu (Federated Malay States) terdiri daripada
Pahang,Selangor,Perak,dan Negeri Sembilan antara tahun 1896 dan 1941 dan juga
tiga negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.
· Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan durbar
iaiyu forum bersama antara Raja-Raja dan pihak pentadbir British iaitu yang
bermesyuarat dari masa ke masa.Durbar itulah precursor iaitu pelopor kepada
majlis Raja-Raja melayu sekarang.
SINOPSIS
Majlis raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948 sebagai menggantikan mesyuarat
Raja-raja Negeri-negeri bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-raja Melayu (DURBAR)
Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh 4
orang Raja dari negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mesyuarat Majlis Raja-raja
yang pertama diadakan ialah pada 18 Februari 1948. Mesyuarat ini dibuat pertama kali dihadiri oleh
semua Sembilan orang Raja-raja Melayu. Antara tahun 1948 hingga 1957, mesyuarat Majlis
Raja-raja diadakan sebanyak 50 kali.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Untuk mengkaji peranan Majlis Raja-Raja Melayu
2.Untuk mengkaji penglibatan islam didalam Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu
PERMASALAHAN KAJIAN
1) Untuk mengetahui cara-cara pembentukan Raja Perlembagaan
2) Untuk mengetahui sejauh mana peranan Raja-raja Melayu dalam pembentukkan Raja Perlembagaan
ISI DAN HURAIAN
FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA
·
Majlis Raja-raja bukan sahaja
agung tetapi unik kerana majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang
sedemikian rupa wujud di dunia pada masa ini.Apabila Negara mencapai
kemerdekaan, penubuhan majlis raja-raja telah dikanunkan mengikut perkara 38
Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima
Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:
i) Memilih
Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang di pertuan Agong bagi persekutuan
mengikut peruntukan –peruntukan jadual ketiga.
ii) Mempersetujui
atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara agama
meliputi seluruh persekutuan.
iii) Mempersetujui
atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat
mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan ini persetujuan majlis raja-raja atau di kehendaki
dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja-raja.
iv) Melantik
anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
v) Memberi
ampun,tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan
hukuman-hukuman di bawah fasal (12) perkara 42.
·
Majlis ini juga boleh menimbangkan soal-soal
mengenai dasar negara ( misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen )
dan apa-apa jua perkara lain
Yang difikirkannya patut. Semasa Majlis Raja-Raja
menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh
Perdana Menteri dan raja-raja yang lain serta para
Yang di-Pertua Negeri disertai
oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri
mereka
·
Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara
langsung mengenai keistimewaan , kedudukan, kemualiaan atau kebesaran raja-raja
boleh diluluskan dengan tiada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja hendaklah
diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai
tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 ( mengenai kedudukan dan
keisitimewaan orang Melayu, Bumiputera serta jugak hak kaum-kaum lain ).
BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA
·
Anggota Majlis Raja-Raja
boleh bertindak menurut budi bicara mereka
Dalam apa-apa urusan berhubung dengan
tugas-tugas yang berikut iaitu:
(a)
Memilih
atau memecat Yang Di-Peretuan Agong dan
jawatannya atau memilih Timbalan Yang Di-Pertuan Agung bagi persekutuan
(b)
Memberi
nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh perlembagaan
(c)
Mempersetujui
atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan
sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau
kebesaran raja-raja
(d)
Mempersetujui
atau tidak mempersetijui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi
seluruh Persekutuan
(e)
Pelantikan
anggota-anggota Makhamah Khas dibawah fasal (1) Perkara 182 atau
(f)
Pemberi
ampun, replief dan respite atau peremitan penggantungan atau peringanan
hukuman-hukuman, di bawah fasal (12) perkara 42
TUGAS ATAU
KUASA MAJLIS RAJA-RAJA
·
Memilih
atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
·
Mempertimbangkan
soal dasar Negara
·
Menyetujui
atau tidak menyetujui perbuatan amalan atau upacara agama islam seluruh
persekutuan
Majlis Raja-Raja menyetujui atau tidak
menyetujui sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau
Perlembagaan tentang :
·
Perbuatan
dan amalan yang berkaitan dengan agama islam
·
Keistimewaan
kedudukan , kemuliaan dan kebesaran Raja-raja
·
Pengubahan
sempadan Negeri di Semenanjung Malaysia
·
Kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
·
Kepentingan
sah kaum-kaum lain
·
Bahasa
Kebangsaan
·
Kewargenegaraan
(bukan peruntukan tambahan)
·
Keistimewaan
Parlimen
Majlis Raja-Raja memberi
nasihat tentang pelantikan
·
Ketua
Hakim Negara
·
Hakim-Hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi
·
Ketua
Audit Negara
·
Pengerusi
dan Anggota Suruhanjaya
·
Melantik anggota Mahkamah Khas
·
Berkuasa
mengampunkan, menggantungkan dan meningkat hukuman terhadap YDPA atau Raja oleh
Mahkamah Khas (Raja-Raja)
·
Melantik
Majlis Raja-Raja ke Majlis Angkatan Tentera
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
·
Mesyuarat
diadakan 3 kali setahun
·
Mesyuarat
berlangsung selama 2 hari
·
Sebelum
mesyuarat diadakan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri bertemu untuk
menyediakan kertas kerja yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
·
Menteri-Menteri
Besar dan Ketua-Ketua Menteri akan mengiringi Raja atau YDPN masing-masing
untuk menghadiri mesyuarat
·
YDPA
akan hadir pada hari ke-2 mesyuarat diiringi oleh PM
·
Pengerusi
Majlis Raja-raja dipegang oleh Raja setiap
hari secara bergilir
·
Apabila
Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara tentang dasar Negara , YDPA
disertai PM, Raja-Raja disertai Menteri Besar dan YDPA disertai Ketua-ketua
Negeri
·
Semua
raja-raja dan para Yang Di-pertua Negeri secara automatik menjadi anggota
Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan, seseorang anggota tidak dapat dielakkan, seseorang anggota
tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh anggota
itu mengikut peruntukan undang-undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri
·
Para
Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja bagi maksud
mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang Di-Pertuan Agung dan Timbalan Yand
Di-Pertuan Agung, melucutkan jawatan Yang Di-Pertuan Agung dan membincangkan
mengenai keistimewaan Raja-Raja
·
Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda
telah berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri
sebagai penasihat baginda.
PENGLIBATAN
ISLAM DI DALAM MAJLIS PENUBUHAN RAJA-RAJA MELAYU
1.
Peruntukan dalam perkara yang
melibatkan Islam dalam perlembagaan seperti dalam
Perkara 3, Perkara 8, Perkara 11, Perkara 12 dan Perkara 121
(1A) tidak boleh dipinda, diubah
atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis
Raja-Raja Melayu. Perkara ini
merupakan satu jaminan yang tidak boleh dinafikan lagi. Hal
ini nyata termaktub dalam
perlembagaan melalui Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa sebarang
pindaan perlembagaan
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis
Raja-Raja yang melibatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan
istimewa orang Melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama. Peruntukan
ini termaktub dalam
perlembagaan kerana hubungan antara orang Melayu dan
Raja-Raja Melayu itu sangat akrab.
Sebagai contoh, waad antara Demang Lebar Daun dan Sang Nila
Utama dalam sejarah Melayu
dan bagaimana orang Melayu bangkit menentang Malayan Union
yang cuba melenyapkan
kuasa raja-raja Melayu.
2. Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama. Ini kerana, mereka
adalah ketua agama di negeri masing-masing dan
bertanggungjawab menjaga agama Islam
serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama
Islam perlu mendapat perkenan
raja-raja dahulu. Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam
soal ini ialah perlembagaan hanya
menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, dalam hal
persoalan agama dibiarkan untuk
dikendalikan oleh institusi beraja. Ini seperti yang
dipersetujui sewaktu menggubal
perlembagaan di mana raja-raja membenarkan perisytiharan
Islam sebagai agama persekutuan
setelah diberi jaminan bahawa ia tidak akan menjejaskan
kedudukan mereka sebagai ketua
agama di negeri masing-masing (Abdul Aziz Bari 2005).
3. Walaupun perlembagaan tidak menetapkan Yang di Pertua Agong sebagai ketua
agama bagi seluruh persekutuan, perlembagaan menetapkan
tanggungjawab ke atas baginda
supaya menjaga Islam. Ini dinyatakan dalam sumpah jawatan
berkenaan di mana Yang di-
Pertuan Agong diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk
memelihara pada setiap masa
agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil
dan aman di dalam negeri.
Walaupun baginda tidak diletakkan sebagai ketua agama bagi
seluruh persekutuan, baginda
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memastikan
kedudukan Islam tidak
tercemar. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang
tidak boleh dipisahkan, maka
tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga
termasuk menjaga dan melindungi
agama Islam. Tanggungjawab ini relevan memandangkan bahawa
kerajaan persekutuan tidaksemestinya diketuai oleh seorang Melayu dan Islam,
seperti yang terdapat dalam perlembagaannegeri-negeri Melayu. Baginda juga
adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tidak berajaiaitu Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Keadaan ini berlaku kerana
Gabenor mungkin terdiri dari orang bukan Islam. Peruntukan Islam ini terjamin
dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan
majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Begitu
juga pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja
Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit
dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai contoh, Perkara
2 perjanjian di antara Negeri-Negeri Selat dan Pembesar-Pembesar memerintah
Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka mengaku
janji untukSeminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29
– 30 Ogos 2013) menurut nasihat Residen British dalam semua hal-ehwal
pentadbiran selain daripada soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh
Abas1985). Hal yang sama juga bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak
Bersekutu,
perjanjian yang diadakan dengan pihak British juga bersetuju
bahawa Raja-Raja Melayu mesti
menerima nasihat Inggeris dalam pentadbiran negeri kecuali
adat istiadat dan agama Islam.
Manakala selepas Perang Dunia kedua, Perlembagaan Malayan
Union 1946 dan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang menukar peranan Inggeris
daripada penasihat kepada
mentadbir Persekutuan Tanah Melayu secara langsung, namun
adat istiadat orang Melayu dan
agama Islam tidak disentuh oleh Inggeris.Peruntukan yang
serupa didapati di dalam semua perjanjian lain yang telah dipersetujui oleh
Raja-raja Melayu dengan Great Britain.Dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos
1888,Sultan Ahmad Muathan Shah dari Pahang menulis kepada Sir Cecil Smith,
Gabenor Negeri-negeri Selat, menyatakan “Dalam permintaan
ini kami yakin bahawa Kerajaan British akan memberi jaminan
kepada kami dan pengganti-pengganti kami semua kedudukan istimewa dankuasa kami
yang sebenar menurut sistem kerajaan kami dan akan berjanji bahawa mereka tidak
akan campur tangan dalam adat istiadat negeri kami yang mempunyai sebab-sebab
yang baik dan wajar, dan juga bersabit dengan hal-ehwal yang berhubung dengan
agama kami...”
(Mohd Salleh Abas (1985).
Begitu juga apabila empat buah negeri Melayu disatukan dan
membentuk sebuah
Persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada Julai 1895 dengan
tujuan mendapat perlindungan British. Di bawah perjanjian
tersebut, setiap kerajaan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu akan ditadbir di bawah nasihat
Kerajaan British dan Raja-raja Negeri
itu bersetuju menerima seorang Pegawai British yang bergelar
Residen Jeneral. Nasihat ResidenJeneral perlu diikuti oleh Raja-raja dalam
semua perkara pentadbiran selain daripada perkara yang menyentuh tentang agama
Islam.
Oleh kerana di peringkat Persekutuan itu tidak mempunyai
organisasi yang sempurna yang boleh dianggap sebagai kerajaan pusat, dengan
satu perjanjian yang ditandatangani Seminar Pendidikan Sejarah
dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)82 dalam tahun 1909 suatu badan
perundangan yang dinamakan Majlis Persekutuan dibentuk untuk meluluskan semua
undang-undang yang akan dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan itu atau dalam
lebih daripada sebuah Negeri. Dengan penubuhan Majlis Persekutuan perlulah perjanjian
itu menyebutkan bahawa semua undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri akan
berkuat kuasa “kecuali setakat yang undang-undang itu tidak bersesuaian dengan
mana-mana peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Persekutuan.”
Walaubagaimanapun, keutamaan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis
Persekutuan dan bidangkuasa perundangan Majlis itu tidak meluas kepada
“soalan-soalan yang berhubung dengan agama Islam, masjid, pencen politik,
ketua-ketua tempatan dan Penghulu” dan lain-lain soalan yang menyentuh “hak dan
kedaulatan” mana-mana satu daripada empat orang Raja. Semua soal ini dikhaskan
untuk Majlis Negeri dan kesemuanya diluar lingkungan nasihat British. Kedudukan
Raja di dalam lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga serupa. Kesemua Raja
Negeri-Negeri ini tidak dikehendaki menerima nasihat British atas perkara yang menyentuh
hak dan kedaulatan mereka, adat istiadat orang Melayudan agama Islam
walaupunmereka dikehendaki mengikut nasihat British dalam perkara-perkara lain.
Hal yang sama juga berlaku selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar
peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir negara ini secara
langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union dalam tahun 1946 dan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, adat istiadat orang
Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka (Mohd Salleh Abas
1985)
.
Dari rentetan sejarah di atas, jelas menunjukkan bahawa
walaupun Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah, hak berkaitan
dengan agama Islam tidak
diganggu langsung oleh British bagi menghormati kuasa
raja-raja Melayu. Yang menariknya, di
dalam Perlembagaan Malayan Union yang ditentang oleh orang
Melayu itu juga tidak
menyentuh hak raja-raja Melayu dalam agama Islam.
4. Peruntukan di bawah Perkara 3 ini menjelaskan bahawa Islam adalah agama
persekutuan dan pada masa yang sama juga memberikan hak
kepada orang bukan Islam untuk
mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai di Malaysia.
Selain itu, Perkara 3 juga
menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama di
negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja. Manakala bagi sesuatu
perkara yang meliputi seluruh persekutuan yang Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)83berkaitan dengan Islam,
maka Yang di-Pertuan Agong akan mewakili Raja-Raja setelah dipersetujui oleh
Majlis Raja-Raja. Di samping kedudukan Raja-Raja, Perkara 3 juga
menyentuhtentang Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi
negeri-negeri Melaka, PulauPinang, Sabah dan Sarawak. Seterusnya, Perkara 3
menyatakan bahawa bagi WilayahPersekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang
berkenaan dengan hal ehwal Islam dan menubuhkan Majlis bagi menasihati Yang
di-Pertuan Agong berkenaan dengan hal ehwal agama Islam. Bersamaan dengan
Perkara 3 ini,semua negeri dalam persekutuan juga telah menjadikan Islam
sebagai agama negeri.
5. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah
berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja. Di
dalam sumpah memegang
jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah
dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz
sumpah yang dikehendaki dalam agama
Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk
memelihara tentang kesucian dan
kemuliaan agama Islam iaitu: Dan lagi kami berikrar menegak
dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memelihara pada setiap masa agama
Islam dan berdiri tetap
di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri. Kedudukan
Raja-Raja dalam perlembagaan yang menyentuh mengenai hal ehwal Islam memperlihatkan
interaksi antara sejarah dan perlembagaan. Ini bermakna apa yang ada dalam perlembagaan
sekarang bukanlah sesuatu yang sepenuhnya dipaksakan oleh perlembagaan tetapi
ia adalah satu penerusan atau mengizinkan sesuatu yang telah wujud lama sebelum
perlembagaan mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957. Dari segi
kedudukan raja-raja mengenai hal ehwal Islam, perlembagaan menetapkan raja-raja
sebagai ketua agama. Kedudukan ini disebut secara jelas dan tidak terjejas
meskipun Islam telah ditetapkan sebagai agama persekutuan sebagaimana yang
telah dipersetujui antara Raja-Raja dan Perikatan sewaktu penggubalan
perlembagaan. Ini juga menjelaskan kenapa tidak ada ketua agama di peringkat persekutuan
walaupun Islam adalah agama bagi persekutuan.
6. Walaupun Raja-Raja tertakluk di bawah konsep Raja Berperlembagaan, namun
kedudukan kuasa Raja-raja dari segi agama di sisi
perlembagaan tetap tidak berubah iaitu sama dengan kedudukan mereka sebelum
merdeka. Perlembagaan dengan jelas memperuntukkan bahawa raja-raja dalam
melaksanakan kuasa mereka sebagai ketua agama, boleh bertindak tanpa nasihat
kerajaan yang memerintah. Bertindak menurut nasihat kerajaan yang memerintah
adalah prinsip umum yang utama dalam konsep Raja Berperlembagaan.
Kedudukan raja-raja ini diperkukuhkan lagi apabila seseorang
Raja itu menjadi Yang di-Pertuan
Agong, namun fungsi baginda dalam hal ehwal agama Islam
diteruskan berbanding dengan
fungsi lain yang perlu diserahkan kepada pemangku Raja. Raja
di kesembilan negeri beraja
mestilah lelaki Melayu, berdarah Raja, keturunan Raja negeri
itu dan seorang Islam.
Ketujuh, perlembagaan menetapkan bahawa dalam menjalankan
tugas-tugas sebagai
ketua agama, Raja-raja boleh melantik sebuah majlis untuk
menasihati baginda. Dengan kedudukan ini, institusi agama seperti Majlis Agama
Islam, jabatan agama, para pegawai iaitu
mufti, para hakim syarie dan sebagainya tertakluk di bawah
kuasa baginda (Abdul Aziz Bari
2005). Majlis Agama Islam contohnya adalah badan yang diberi
tanggungjawab menolong dan
menasihati Raja-raja atas segala perkara yang berkaitan
dengan Islam dan adat istiadat
Melayu. Melihat kepada struktur perlembagaan boleh dikatakan
bahawa Majlis Raja-Raja,
meskipun tidak disebut sebagai pihak berkuasa tertinggi di
peringkat persekutuan, adalah
secara implikasinya, pihak berkuasa tertinggi dalam soal
Islam. Pendapat ini munasabah kerana tidak ada ketua agama bagi seluruh
persekutuan. Tetapi majlis perlu mendapat kebenaran Raja-Raja, sesuatu yang
jelas untuk mengekalkan kedudukan raja-raja sebagai ketua agama bagi negeri
masing-masing. Namun, perlembagaan menetapkan bahawa
Raja-Raja hendaklah memberi
persetujuan kepada Majlis Raja-Raja dalam keadaan-keadaan tersebut. Persetujuan
Raja-Raja kepada Majlis Raja-Raja ini jelas terlihat apabila ditubuhkan Majlis Kebangsaan
Hal-Ehwal Islam pada 17 Oktober 1968. Majlis ini mempunyai dua tugas iaitu: Menasihati
dan membuat syor atas apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Majlis
Raja-Raja oleh mana-mana kerajaan negeri atau majlis agama negeri.ii.Menasihat
Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri dan majlis agama negeri atau perkara-perkara
mengenai hukum syarak atau pentadbiran Islam atau ajaran Islam dengan tujuan mengadakan, menyeragamkan atau menggalakkan
persamaan dalam undang-undang Islam dan pentadbiran. Namun, majlis ini tidak
boleh menyentuh mengenai kedudukan, hak, keistimewaan dan kedaulatan dan
lain-lain kuasa raja sebagai ketua agama Islam di negerinya (Ahmad Ibrahim 1987)
ddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
ReplyDelete